TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PETUGAS KESELAMATAN PROGRAM KESELAMATAN KOMUNITI BANDAR SRI DAMANSARA
Setiap Petugas Keselamatan bertugas dikehendaki mematuhi perkara-perkara yang tertera di bawah dan setiap Penyelia bertugas dikehendaki memantau dan menentukan ianya dilaksanakan pada setiap masa:
1. Berada di tempat bertugas tepat pada waktu yang ditetapkan.
2. Memakai pakaian seragam yang ditetapkan.
3. Menentukan Boom Gate dikunci pada waktunya dan Boom gate dikawal sentiasa ditutup dan dibuka untuk melepaskan kenderaan keluar masuk pada setiap waktu yang ditetapkan dari masa ke semasa.
4. Memerhatikan samada setiap kenderaan yang melalui Boom Gate mempunyai pelekat residen yang sah and meminta pemandu kenderaan yang tidak mempunyai pelekat mendaftarkan diri dan kenderaan mereka terlebih dahulu.
5. Menentukan serah-menyerah tugas dilakukan dengan sempurna sebelum menamatkan dan memulakan tugas setiap hari.
6. Sentiasa prihatin terhadap dan mengawasi setiap pergerakan keluar masuk kenderaan atau orang di kawasan yang ditugaskan.
7. Melapurkan dengan serta merta kepada pihak atasan dan polis setiap kenderaan atau orang serta kejadian yang mencurigakan.
8. Mengisi Buku Lapuran / Insiden dengan tepat, kemas dengan mencatat waktu yang sebenar.
9. Sentiasa menjaga disiplin diri dan tingkah laku sepanjang tempoh penugasan.
10. Sentiasa membawa Kad Pengenalan diri, Pas serta lessen memandu yang sah sewaktu bertugas.
11. Tidak boleh meninggalkan pos atau kawasan penugasan sewaktu bertugas tanpa mendapat kebenaran dari pihak atasan. Kebenaran ini hendaklah dicatit dalam Buku Laporan / Insiden.
12. Mematuhi setiap arahan dan garispanduan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselamatan menerusi Syarikat Keselamatan.
Main Highlights
6 years ago
No comments:
Post a Comment