Towards A Safer, Greener, Cleaner and Close-knit MS Community

Towards A Safer, Greener, Cleaner and Close-knit MS Community

Tuesday, March 16, 2010

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SYARIKAT KESELAMATAN PROGRAM KESELAMATAN KOMUNITI BANDAR SRI DAMANSARA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SYARIKAT KESELAMATAN PROGRAM KESELAMATAN KOMUNITI BANDAR SRI DAMANSARA

Syarikat Keselamatan dikehendaki mematuhi perkara-perkara yang tertera di bawah:

1. Menentukan bilangan pengawal seperti telah dipersetujui berada di tempat bertugas tepat pada waktu yang ditetapkan tanpa gagal.

2. Menentukan pengawal yang bercuti atau tidak hadir kerana sebarang sebab digantikan.

3. Menentukan semua pengawal telah lulus tapisan keselamatan oleh pihak Polis diRaja Malaysia.

4. Menentukan semua pengawal telah diberitahu, memahami dan bersetuju mematuhi Tugas dan Tanggungjawab Pengawal Keselamatan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Keselamatan Jalan Margosa SD 10 1/2/3 dari masa ke semasa.

5. Melantik seorang Penyelia pada setiap syif siang dan malam.

6. Menyediakan peralatan dan rangkaian komunikasi antara pengawal, Penyelia, wakil Jawatankuasa Keselamatan dan pihak Polis pada setiap masa.

7. Menentukan sebarang penukaran pengawal keselamatan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dengan segera.

8. Bertanggunjawab penuh terhadap kelakuan, disiplin dan tingkah laku pengawal mereka.

No comments:

Post a Comment